Untitled Document
         
     
 
 
home | about us | movies | news | events | gallery | contact us | mwig.com
   
 
 
 
 
 
 

PLOT DESCRIPTION

TENTANG BULAN bermula pada tahun 2006. Seorang gadis keluar dari lapangan terbang untuk pulang kedesanya menghadiri satu majlis perkahwinan. Di dalam teksi, gadis tersebut telah terkenang zaman kanak-kanak bersama 5 orang sahabatnya. Tahun 1985, Asmawi , Gemuk, Ketot, Budi dan Ila adalah 5 sekawan paling akrab di desa. Kelima-lima mereka mempunyai perangai dan telatah unik masing-masing. Namun, semua tahu Asmawi yang paling kacak adalah ketua mereka.


Sebagai satu kumpulan, mereka menjadi kuat kerana masing-masing mempunyai kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Gemuk seorang yang berbadan besar, Ketot seorang yang garang walaupun bertubuh kecil, Asmawi seorang yang berdedikasi sebagai ketua, Budi punyai otak bergeliga manakala Ila menjadi pelengkap kepada mereka semua.


Walaupun sering dikutuk kerana tidak berkelakuan seperti perempuan, Ila tidak menendahkan kata-kata orang lain kerana dia tahu dia mempunyai 4 orang kawan rapat yang sanggup bersama-sama dalam susah dan senang. Kelima-lima sahabat ini gemar melepak hingga larut malam pada masa bulan penuh dan berangan-angan satu hari nanti mahu pergi ke bulan.


Kehadiran Zurina, seorang budak perempuan yang baru berpindah ke desa dan bersekolah di sekolah mereka, mula menggugat persahabatan mereka 5 sahabat. Zurina bukan sahaja cantik dan berbudi bahasa tetapi mempunyai ciri-ciri seorang budak perempuan yang menjadi idaman setiap budak lelaki. Ini menyebabkan Asmawi, Gemuk, Ketot dan Budi berlumba-lumba untuk menambat hati Zurina dengan melakukan pelbagai cara untuk rapat dengan Zurina.


Malahan mereka berempat meninggalkan aktiviti-aktiviti lasak seperti bermain bola, terjun ke sungai dan memanjat pokok semata-mata kerana mahu bermain pondok-pondok, lompat gelang getah dan congkak bersama-sama dengan Zurina. Kerana Zurina juga, Ila rasa cemburu dan tersisih kerana 4 rakan lelakinya mula memberi tumpuan kepada Zurina. Ini menyebabkan Ila cuba berubah menjadi budak perempuan tetapi perubahan ini hanya menjadikan Ila bahan ketawa mereka. Ila menjadi marah dan menyisihkan diri daripada kawan-kawannya. Asmawi menjadi semakin rapat dengan Zurina tetapi lama-kelamaan dia sedar yang dia rindukan Ila.


Namun, semuanya sudah terlewat kerana pada hari Asmawi dan kawan-kawannya mahu meminta maaf dan memujuk Ila, Ila sudahpun dalam perjalanan berpindah daripada desa itu.


Asmawi, Gemuk, Ketot dan Budi meneruskan persahabatan mereka dengan Zurina dan pada setiap malam bulan mengambang, mereka masih impikan untuk pergi ke bulan. Tetapi, mereka tetap rasa kehilangan. Apakah kesudahan persahabatan mereka? Siapakah perempuan di dalam teksi tersebut dan perkahwinan siapakah yang ingin dihadiri?

 

 

         
   
 
     
Type: Family Comedy  
Distributor : Metrowealth Movies Production
 .......................................................................

Rating: U
Running Time:  1 hour 23 min
.......................................................................

Cast: Mohd Addy Ashraf, Nur Arina,
          Nik Muhd Farith Adruce,
          Fatin Nur Afifah, Noor Zam Zam
          Muhd Nasiruddin 
Director: Ahmad Idham
......................................................................

Photo Gallery
.......................................................................
List Of Films
[Jangan Pandang Belakang] [Tentang Bulan]
[Diva Popular][Bilut] [Remp-It] [Pesona Non Grata]
[Tipah Tertipu][Anak Mami Kembali]
[Kiamat Sudah Dekat][Lady Boss] [Cinta Fotokopi]
[Potret Mistik][Tangkai Jering] [IKWUDLR] 
[Cholesterol Teerak][7 Perhentian] 
[Hingga Hujung Nyawa][Cinta Kolesterol][Kuliah Cinta] 
[Mami Jarum Junior] [Mistik] [Jutawan Fakir]
[Mami Jarum] [No Problem] [Syukur 21]
 
           
Untitled Document
   
   
Best View Resolution 1024x768 pixel
All Rights Reserved @ Metrowealth International Group,1995-2005, Powered by MWTech