Untitled Document
         
     
 
 
home | about us | movies | news | events | gallery | contact us | mwig.com
   
 
 
 
 
 
 

PLOT DESCRIPTION

Filem aksi REMPIT ini mengisahkan kehidupan golongan mat rempit dan minah rempit yang penuh dengan aksi dan perkara yang sering dikaitkan dengan gejala tidak sihat. Madi, seorang Mat Rempit yang disegani kerana sering memanangi perlumbaan haram yang disertainya. Pekerjaannya sebagai budak penghantar (mat dispatch) memberi peluang kepadanya untuk menyertai perlumbaan haram di waktu malam.


Madi mempunyai seorang teman wanita yang sering mendesaknya untuk berkahwin kerana telah mnyerahkan segalanya kepada Madi. Kehidupan Madi yang terlalu sosial menjadi penghalang kepada niat teman wanitanya. Madi lebih suka berfoya-foya dan menghabiskan wang untuk motosikalnya. Madi berkawan rapat dengan Macha, seorang mat rempit yang sentiasa bertindak menjadi orang tengah dalam perlumbaan haram yang disertai Madi.


Setelah memenangi pelbagai jenis perlumbaan yang disertainya, Madi telah dicabar oleh Spark, seorang lagi mat rempit yang berpengaruh. Sebagai mat rempit sejati Madi telah menerima cabaran tersebut. Sebagai taruhan, yang kalah akan menyerahkan motosikalnya kepada pemenang.


Pada malam itu, Madi telah kalah. Sebagai balasannya Madi terpaksa menyerahkan motosikalnya kepada Spark tetapi Madi telah bertindak melarikan diri. Malangnya, Spark dan konco-konconya telah berjaya mengejar Madi. Madi telah dibelasah teruk, kaki kanannya patah. Lebih malang lagi, motosikal Madi telah dibakar hangus.


Teman wanita Madi juga telah dirogol beramai-ramai oleh Spark dan kawan-kawannya. Sejak peristiwa itu, teman wanitanya telah berpaling tadah kepada Spark. Dia tidak lagi perlukan Madi kerana Madi sudah kehilangan segalanya.


Pertemuan Madi dengan Spark sebulan kemudian telah membakar perasaan Madi untuk membalas dendam dan menebus segala yang berlaku kepadanya. Madi bertambah marah dan geram apabila melihat teman wanitanya bermesra dengan Spark.


Satu perjanjian telah dibuat. Mereka akan mengadakan satu perlumbaan penentuan. Dengan bantuan Sam iaitu sepupu Macha, Madi telah mendapat sebuah motosikal untuk digunakan dalam perlumbaan itu.


Pada malam yang dijanjikan, mereka telah berlumba dalam satu perlumbaan yang sangat sengit. Mampukah Madi menebus maruahnya sebagai seorang mat rempit sejati? … dan apakah yang berlaku selepas itu? Tunggu kemunculan filem action pack sulung terbitan Metrowealth Movies Production, REMPIT…

 

 

           
   
 
   
     
Type: Action Movie 
Distributor : Metrowealth Movies Production
 .......................................................................

Rating: U
Running Time: 1 hour 36 min
.......................................................................

Starring:Farid Kamil,Julia Hanna,
               Zul Huzaimy, Cat Farish,  			   
	           Aqasha
Director: Ahmad Idham
......................................................................

Photo Gallery
The Making
Click here to news review 
.......................................................................
List Of Films
[Jangan Pandang Belakang] [Tentang Bulan]
[Diva Popular][Bilut] [Remp-It] [Pesona Non Grata]
[Tipah Tertipu][Anak Mami Kembali]
[Kiamat Sudah Dekat][Lady Boss] [Cinta Fotokopi]
[Potret Mistik][Tangkai Jering] [IKWUDLR] 
[Cholesterol Teerak][7 Perhentian] 
[Hingga Hujung Nyawa][Cinta Kolesterol][Kuliah Cinta] 
[Mami Jarum Junior] [Mistik] [Jutawan Fakir]
[Mami Jarum] [No Problem] [Syukur 21]
 
             
Untitled Document
   
   
Best View Resolution 1024x768 pixel
All Rights Reserved @ Metrowealth International Group,1995-2005, Powered by MWTech