Ben
melarikan diri ke Thailand apabila pihak polis menumpaskan sindiket
dadah yang membabitkannya. Akhirnya Ben mendapat perlindungan di dari
sebuah sindiket di Bangkok yang menjalankan aktiviti eksport dan import
kereta curi yang di ketuai oleh seorang lelaki Malaysia yang bergelar Boss.
Untuk terus mendapatkan perlindungan dari Boss, Ben terpaksa melakukan
aktiviti mencuri kereta di Kota Bangkok. Ben mula rindu untuk kembali ke
Malaysia, bagaimanapun dia tahu, kembali ke Malaysia bererti menyerah diri
kepada pihak berkuasa Malaysia yang masih memburunya.
Hey pula dilahirkan dalam sebuah keluarga kecil tetapi mewah.
Bapanya seorang ahli perniagaan berjaya. Hey memiliki galeri seni
lukisnya sendiri di tengah-tengah kesibukan kota Kuala Lumpur.
Selain itu, Hey juga seorang pelukis yang dikagumi oleh pengumpul
lukisan tempatan. Pada usia 27 tahun, Hey telah bertunang dengan Sam,
seorang eksekutif muda yang latar belakang keluarga sama hebat dengan Hey.
Tanpa pengetahuan Hey, Sam masih menjalin pelbagai hubungan erat dengan gadis-gadis lain.
Segala-galanya terbongkar apabila Hey terserempak Sam dengan gadis lain di dalam suasana
yang intim. Ini sungguh mengecewakan Hey menyebabkan dia mengambil keputusan drastik untuk
meninggalkan segala-galanya dan juga tinggalkan Kuala Lumpur tanpa berfikir panjang
Hey mengambil pesawat ke Bangkok, sebagai persinggahan dan untuk mencari
ketenangan di samping meluahkan kesedihannya kepada kawan rapatnya A'Em,
gadis keturunan Thai dan yang juga rakan perniagaannya yang kebetulan pulang
bercuti di sana. Bagaimanapun segala-galanya tidak menjadi bagi Hey. Dia dirompak
oleh pemandu teksi dan kemudiannya dia terlibat di dalam satu kemalangan dengan
kereta yang sedang dicuri oleh Ben
Itulah
detik pertemuan Hey dan Ben. Ben menyelamatkan Hey tetapi bila Hey sedar,
tiada apa yang diingatinya. Hey mengalami amnesia. Walaupun Ben mahu Hey keluar
dari hidupnya secepat mungkin, tetapi Ben tidak terdaya berbuat demikian atas
dasar kemanusiaan dan apalagi bila dia sedar Hey adalah dari Malaysia. Ben
membenarkan Hey menumpang di rumahnya sehingga ingatan Hey pulih. Namun
ternyata segala usaha untuk membantu ingatan Hey pulih menemui jalan buntu.
Hanya satu yang menarik perhatian Hey, iaitu peralatan lukisan. Ben membeli
peralatan lukisan itu dengan ia dapat mencetus sesuatu. Ternyata ada
perkembangannya apabila Hey mula melukis dan terus melukis tanpa ada
sebab dan musababnya.
Bagaimanapun
perhubungan Hey dan Ben adalah amat dingin. Pertembungan budaya di antara kehidupan
lasak dan kasar Ben dan kehidupan Hey yang penuh peradaban tinggi itu begitu
menyukarkan. Bahkan sering menyakitkan kedua-dua pihak. Bagaimanapun, Ben berasa
bertanggungjawab untuk menjaga Hey walaupun ia satu bebanan buatnya. Ada kalanya,
sikap Ben menyinggung perasaan Hey menyebabkan Hey cuba untuk pergi dari hidup Ben.
Namun, tiap kali dia hilang, Ben akan mencarinya dan menyelamatkannya.
Di dalam pada
itu, kegiatan lukisan Hey mendapat perhatian Edward, seorang pengusaha pameran
lukisan yang sedang mencari karya-karya dari bakat-bakat baru untuk diketengahkan
di sebuah pameran antarabangsa. Edward ingin mengetengahkan karya Hey di pameran
tersebut tetapi Hey 'reluctant'. Sementara itu, pada satu malam, setengah tersinggung
dengan telatah Ben, Hey tinggalkan Ben. Nasibnya terus malang bila dia diganggu
oleh seorang kutu jalan. Ben datang membantu Hey dan Hey berjaya melepaskan dirinya.
Hanya untuk Hey ketahui kemudiannya bahawa Ben telah cedera di tikam di dalam
pergelutan tersebut.
Hey menemui Ben
di dalam keadaan berlumuran darah. Dia membantu Ben dan merawat Ben. Bermula dari
saat itu timbulah kemesraan dan kefahaman terhadap diri masing-masing. Di dalam
masa yang sama, Hey menerima tawaran dari Edward. Ben pula mengorbankan segala
wang simpanannya untuk membeli segala keperluan Hey untuk menyiapkan lukisannya.
Mereka mula
saling bergantung antara satu sama lain dari segi keperluan emosi dan sokongan fizikal.
Bagaimanapun, Ben akan terus mengelak setiap kali Hey ingin tahu lebih lanjut
tentang diri Ben. Ben juga akan terus rasa takut setiap kali Hey meluahkan harapannya
agar dia tahu siapa dirinya sebenar. Sementara itu, Ben mula menimbulkan kemarahan
Boss bila Ben mula tawar hati untuk menunaikan assignment yang diarahkan oleh Boss.
Hubungan mereka menjadi semakin keroh apabila seorang konco Boss berketurunan Siam
bernama Siri yang telah lama menaruh dengki pada Ben mula mencucuk jarum. Akhirnya
Boss membuat keputusan untuk menghapuskan Ben.
Sewaktu pameran diadakan,
Ben membuat keputusan untuk tidak pergi ke majlis pelancaran itu. Ini mengakibatkan berlaku
perselisihan serius di antara Hey dan Ben. Akibatnya, kedua-dua mereka membawa haluan sendiri
pada malam itu. Nasib tidak menyebelahi Ben apabila dia termasuk ke dalam perangkap Siri.
Tetapi keesokan paginya, Hey kembali semula ke tempat Ben. Tetapi dia dapati Ben tiada.
Yang ada ialah Edward dan A'Em. A'Em yang menghadiri perasmian pameran itu mendapati
salah satu lukisan yang terdapat di situ menyerupai lukisan rakan perniagaannya yang hilang
(iaitu Hey). Apabila dia melihat Hey, ternyata Hey adalah orang yang dicarinya selama lebih
dua bulan lalu. A'Em memujuk Hey kembali ke Malaysia
Hey membuat keputusan
untuk kembali ke Malaysia walaupun dengan berat hati. Tetapi setelah tiba di Malaysia,
dia merasakan segala-galanya sungguh familiar dan amat menyenangkannya walaupun dia langsung
tidak ingat kehidupan itu. Sam mengambil kesempatan itu untuk menyambung semula hubungan
mereka tanpa Hey sedari bahawa dia telah putuskan hubungan itu dahulu. Segala pengalaman
baru itu menyeronokkan Hey dan dirasai sesuai dengan kehidupannya.
Hey mula lupakan Ben.
Tetapi tidak lama, Tiba-tiba sesuatu berlaku mengakibatkan segala-galanya datang kembali.
Hey mula mengingati apa yang sebenarnya berlaku dan mengapa dia lari ke Bangkok.
Lantaran ingatannya kembali kepada Ben. Betapa tulusnya hubungan mereka berdua.
Hey bergegas untuk kembali ke Bangkok dengan ditemani A'Em. Setibanya di Bangkok,
Hey segera ke rumah Ben. Dia dapati Ben sudah tiada dan tiada siapa tahu tentang Ben.
Hey cuba untuk menjejaki Ben tetapi dia tidak tahu bagaimana dan ke mana.
Dengan hati yang remuk, Hey membuat keputusan untuk kembali ke Malaysia semula.
Di saat dia menuju ke Airport, secara tidak sengaja kenderaan yang dinaikinya terlanggar
seorang lelaki yang tiba-tiba berlari melintas jalan dengan membawa lukisan. Hey terhantuk
dan cedera ringan di kepalanya. Tetapi dia dikejutkan apabila dia mendapati lukisan yang di
temui pada lelaki yang dilanggar itu adalah lukisannya yang ditinggalkan di rumah Ben.
Hey segera menghampiri lelaki itu. Orang yang cuba memberi bantuan kecemasan memberitahu
bahawa lelaki itu telah mati. Hey segera menerkam ke arah lelaki itu yang dia pasti adalah
Ben. Apabila dia memusingkan wajah lelaki itu, dia lega ia bukan Ben.
Tiba-tiba, terdengar suara memanggil namanya, Hey cam suara itu. Dia terkejut dan menoleh.
Hey dapati suara itu datangnya dari seorang lelaki yang berpakaian seperti lelaki "Homeless".
Lelaki itu adalah Ben. "Dia cuba rampas satu-satunya milik awak yang ada pada saya...."
Itulah kata-kata Ben yang menyebabkan Hey menitiskan air mata. Hey segera mendakap Ben.
"Awak tidak perlu itu lagi, saya sudah kembali..." Kata Hey di dalam dakapan Ben