PLOT
DESCRIPTION
Potret
Mistik mengisahkan Jeff (Cico), Asih (Lintang
Asih), Harry (Khai AF) dan Winnie (Winnie Kok) yang
merupakan mahasiswa yang sedang menjalankan tugasan
iaitu menghasilkan buletin kampus. Masing-masing membuat
persiapan untuk menulis mengenai hal-hal yang berlainan.
Jeff yang tertarik dengan kewujudan sebuah banglo
ingin menulis mengenai perkara aneh yang berlaku di
banglo itu, ia menjadi bualan para pelajar kampus.
Misteri bermula apabila Jeff menemui sebuah potret
berhampiran dengan banglo tersebut. Sejak itu, dia
sering mengalami kejadian aneh. Asih yang membuat
artikel mengenai rumah anak yatim pula telah menemui
bukti yang dapat mengaitkan Jeff dengan banglo tersebut.
23
tahun yang lalu, Kartini (Erra Fazira) telah meminta
seorang pelukis, Hayden (Khir Rahman) untuk melukis
potretnya. Potret itu adalah untuk dihadiahkan kepada
suaminya, Amar (Zamarul Hisham) yang keluar negara
atas urusan perniagaan. Sekembalinya ke tanah air,
dia mendengar cerita dari penduduk sekitar bahawa
Kartini telah berlaku curang kerana sering dikunjungi
oleh seorang lelaki semasa ketiadaannya. Amar menjadi
marah maka berlakulah peristiwa yang sangat mengerikan.
Apakah
kaitan Jeff dengan banglo tersebut?. Potret siapakah
yang ditemui oleh Jeff di banglo itu? Nantikan kemunculan
filem ke-14 Metrowealth Movies Production, Potret
Mistik.