PLOT
DESCRIPTION
LADY
BOSS sebuah filem yang mengisahkan seorang
wanita muda bernama Sheila (Ning Baizura) yang mempunyai
sikap ego yang tinggi tanpa mengira masa dan tempat.
Sheila merupakan anak seorang usahawan yang kaya dan
terkenal iaitu Datuk Ismail. Dia menguruskan perniagaan
ayahnya dengan cekap tetapi seringkali membelakangkan
nilai-nilai kemanusiaan dan terlalu tegas dengan pendirian
ketika menjalankan tugasnya. Dia mempunyai cita-cita
yang tinggi di dalam bidang perniagaan dan tidak mudah
menerima sebarang pendapat atau teguran daripada sesiapa.
Kewibawaannya
tercabar dengan kehadiran seorang pemuda yang bernama
Saiful (Saiful Apek) bersama sahabatnya Yusry (Yusry
KRU) di syarikatnya. Saiful adalah seorang yang peramah,
lucu, jujur dan sering mengambil mudah sesuatu perkara.
Mempunyai kelulusan yang sederhana dan tinggal bersama
ibunya dalam keadaan yang serba sederhana. Yusry pula
seoarang sahabat yang sentiasa bersama Saiful dalam
apa keadaan sekali pun.
Sepanjang
bekerja di syarikat itu, mereka sering menimbulkan kemarahan
Sheila disebabkan sikapnya yang sambil lewa. Saiful
kemudiannya jatuh cinta dengan pembantu peribadi bernama
Salmi (Erra fazira). Salmi adalah seorang wanita yang
lemah lembut dan menghormati semua orang tanpa mengira
kedudukan. Hubungan Saiful dan Salmi tidak disenangi
oleh Sheila. Dalam masa yang sama Yusry telah menaruh
hati kepada Sheila tetapi takut untuyk meluahkannya.
Datuk
Ismail amat menyayangi Sheila dan tidak pernah memarahi
anaknya. Kesabarannya tidak dapat dibendung apabila
melihatkan kebiadapan Sheila terhadap Haji Wahab iaitu
pengawal keselamatan rumahnya.
Kenapa
Datuk Ismail tidak dapat menahan sabar dengan keletah
Sheila? Siapakah Sheila sebenarnya? Adakah hubungan
Sheila dan Yusry menjadi kenyataan? …dan bagaimana pula
dengan nasib percintaan Sauful dan Salmi? Saksikan Filem
Lady Boss di pawagam berhampiran anda……
|