Untitled Document
         
     
 
 
home | about us | movies | news | events | gallery | contact us | mwig.com
   
 
 
 
 
 
 

PLOT DESCRIPTION

Mengisahkan mengenai kehidupan dunia seni hiburan di Malaysia di mana adakalanya ianya sangat melucukan. Cerita mengisahkan tentang Erna Teteyye, seorang pelakon yang sudah lama terkenal dan popular serta pernah mengondol beberapa anugerah sebagai Pelakon Terbaik. Kekasihnya iaitu Faizal telah ditawarkan untuk mengarah sebuah filem terbitan Puan Julie, namun kekecohan telah berlaku antara pasangan kekasih ini apabila Puan Julie telah memilih Tasha, artis yang baru sahaja menjadi juara Malaysia Fantasia dan bukan Erna. Ketidakpuasan hati Erna kerana tidak dipilih menyebabkan pergolakan telah berlaku di antara Faizal dan Erna. Erna dan Tasha mula berdendam dengan satu sama lain dan mula memasang niat untuk menjatuhkan satu sama lain.

Pada suatu hari selepas kejadian itu, kereta Erna telah dilanggar oleh seorang tokoh terkenal dalam dunia korporat, Dato' Seri Syeikh Sabaruddin. Pertemuan itu menjadi titik tolak kejadian-kejadian lucu apatah lagi setelah Erna mengetahui bahawa Dato' Seri adalah empunya sebuah stesen televisyen yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Erna telah menjadikan Dato' Seri sebagai batu loncatan bagi membalas dendam kepada Faizal, Puan Julie dan Tasha dengan sokongan padu dari pengurusnya Jojo yang nampak akan kesempatan yang timbul di depan mata. Ditambahkan lagi dengan perangai Dato' yang pantang dengan perempuan berdahi licin, gaya manja Erna telah membuatkan beliau angau dan lupa daratan. Erna dan Jojo telah membuat satu pakatan yang sungguh licik sehinggakan Dato' Seri memberikan Erna sumber kewangan untuknya membuat satu syarikat produksi '9 to 10 Star Production Sdn Bhd' serta memberi slot televisyen kepunyaannya dari jam 9 malam hingga 10 malam kepada syarikat Erna.

Dunia seni yang penuh dengan 'glamour' telah membuatkan Tasha lupa diri. Tasha yang baru sahaja menjadi juara Malaysia Fantasia menjadi lebih takbur dan sombong setelah mendapat tawaran bertubi-tubi dalam banyak persembahan nyanyian dan filem dan salah satunya adalah kepunyaan Puan Julia. Rin, pengurus Tasha pula menyetujui semua persembahan-persembahan ini dan menyebabkan jadual Tasha menjadi kucar-kacir. Faizal yang makin bosan terhadap sikap tamak Tasha dan Rin tetapi Puan Julia memujuk Faizal agar bersabar kerana Tasha seorang artis yang terkenal dan melariskan serta memberi pulangan yang besar kepada filem beliau.

Berita Harian mengumumkan pencalonan untuk Anugerah Bintang Popular (ABP) yang akan dijalankan di Arena All Star, Genting Highland. 'Diva Popular' merupakan anugerah yang paling berprestij dan termashyur merupakan gelaran idaman semua artis di Malaysia. Erna dan Tasha berasa gembira apabila mereka adalah antara calon yang tersenarai untuk anugerah itu. Mereka bersama pengurus masing-masing mula memasang pelbagai strategi dan muslihat bagi memastikan gelaran itu menjadi hak milik mereka.

Erna telah mnggunakan Dato' Seri Syeikh Sabaruddin dan mengerahkan beliau untuk membeli beribu-ribu surat khabar Berita Harian bagi tujuan mengambil borang undian ABP dan mengundi Erna. Jojo pula menggunakan taktik kotor supaya Erna mendapat publisiti yang meluas di media untuk meraih simpati peminat-peminat serta untuk mengundi Erna sebagai ' Diva Popular'

Lain pula dengan Tasha, Rin sangat percaya dengan perkara-perkara tahyol. Mereka berdua telah pergi ke banyak dukun dan bomoh sehingga tahap Tasha dipaksa untuk mandi bunga di bawah jambatan yang dianggap akan membawa tuah. Rin juga telah menawarkan diri Tasha untuk menjadi duta Celcom dengan syarat Celcom mesti memberi 'top-up' kad sebanyak RM20,000.00 untuk digunakan oleh mereka bagi mengundi Tasha melalui SMS dan menyakinkan pengarah Celcom yang pastinya Tasha akan menang.

Mereka berdua menggunakan apa saja cara untuk menang sehingga sanggup memburukkan satu sama lain untuk menang. Penghujungnya sehingga konflik mereka dibawa ke mahkamah. Mereka juga sanggup bergolok dan bergadai untuk kelihatan seperti Diva ke malam anugerah itu.

Malam Anugerah Bintang Popular pun tiba, maka ramailah artis-artis Malaysia memperagakan pakaian masing-masing termasuk Erna dan Tasha yang datang dengan membawa seribu harapan dan keyakinan akan merangkul anugerah Diva Popular itu. Malangnya, ketika diumumkan pemenang Diva Popular, pemenangnya adalah Anita Sarawak. Kedua-dua artis perasan itu sungguh terkejut dan kecewa sehingga Erna pengsan. Kemenangan Anita Sarawak telah memberi seribu makna dan pengajaran kepada Erna dan Tasha tentang kehidupan dunia seni yang penuh dengan warna dan ranjau ini.

 

 

         
   
 
     
Type: Comedy Story 
Distributor : Metrowealth Movies Production
 .......................................................................

Rating: U
Running Time:  103 min
.......................................................................

Cast: Umie Aida,Afdlin Shauki,Ezlynn,
          Awie, Azean Irdawaty, M.Rajoli
          Sheila Rusly
Director: Erma Fatima
......................................................................

Photo Gallery
.......................................................................
List Of Films
[Jangan Pandang Belakang] [Diva Popular]
[Bilut] [Remp-It][Tipah Tertipu] [Pesona Non Grata]
[Anak Mami Kembali] [Kiamat Sudah Dekat]
[Lady Boss] [Cinta Fotokopi] [Potret Mistik]
[Tangkai Jering] [IKWUDLR] [Cholesterol Teerak]
[7 Perhentian] [Hingga Hujung Nyawa] [Cinta Kolesterol]
[Kuliah Cinta] [Mami Jarum Junior] [Mistik] [Jutawan Fakir] 
[Mami Jarum] [No Problem] [Syukur 21]
 
           
Untitled Document
   
   
Best View Resolution 1024x768 pixel
All Rights Reserved @ Metrowealth International Group,1995-2005, Powered by MWTech