PLOT
DESCRIPTION
Mengisahkan
tentang satu perjanjian di antara keluarga Santi
(lakonan Sombop Benjatikul) dengan keluarga Piroj
(Kanchit Kwanpracha) untuk menjodohkan kedua-dua
anak mereka satu hari nanti. Perjanjian ini dilafazkan
atas satu kejadian yang berlaku semasa Lukked
(lakonan Matinee Kingpayom) dan Jedsada (Watchara
Tungkaprasert) masa kecil. Selepas 20 tahun, kedua-dua
semakin dewasa. Jedsada/ Jed seorang jejaka tampan,
berpendidikan tinggi yang baru pulang ke tanah
air dari pengajian di luar negara.
Manakala Lukked ( anak Piroj) membesar sebagai
seorang gadis yang sungguh gemuk dan berpesonaliti
kurang menarik serta ketinggalan dari segi perkembangan
fesyen semasa. Konflik akan melanda kedua-dua
mereka apabila Jedsada merasa tertekan akibat
perjanjian itu.
Jedsada
merasa lebih tertekan apabila mendapati Lukked tidak
seperti yang disangkakan kerana rupa paras Lukked
terlalu jauh daripada imaginasinya. Dalam pada masa
yang sama, Nadia (Chutima Avery) muncul dalam hidup
Jedsada dan cuba memenangi hati Jedsada. Manakala
Lukked pula turut cuba mendekati Jedsada tetapi ditolak
dan dihina oleh Jedasda.
Lukked
kecewa lalu menghilangkan diri. Jedsada meneruskan
hidup dengan biasa sehingga muncul seorang gadis yang
sangat cantik pada suatu hari. Matinee (Matinee Kingpayom).
Jedsada benar-benar terpikat dengan kecantikan Matinee.
Jedsada
berusaha untuk mendampingi gadis itu tetapi setiap
kali dia berusaha, dia gagal untuk memenangi hati
gadis tersebut. Sehinggalah pada suatu hari Jedsada
mengetahui kedudukan yang sebenar. Dapatkah Jedsada
memikat dan menebus kesilapannya. Segalanya akan terjawab
dalam Cholesterol Teerak.