PLOT
DESCRIPTION
Cinta
Fotokopi berkisarkan watak Zurina seorang
gadis kampong yang beperwatakan lembut, cantik dan
menarik, menjadi mangsa aniaya bapa tiri dan kekasihnya.
Dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di ibu
kota. Ini turut mengubah diri Zurina. Kerana dendamnya
terhadap lelaki, dia berjanji dengan dirinya untuk
menggoda dan membakar jiwa setiap lelaki yang dikenalinya.
Zurina
menggunakan kecantikan yang dianugerahkan kepadanya
untuk menggoda lelaki. Zurina menjadikan perbuatan
itu sebagai hobi ketika belajar di pusat pengajian
tinggi. Perbuatan itu menyebabkan puluhan lelaki menjadi
mangsa. Salah seorang daripada mangsa godaan itu telah
kecewa dan terlibat dengan dadah lalu meninggal dunia.
Rakan mangsa, Hanif membalas dendam terhadap semua
perbuatan Zurina terhadap kawannya itu. Rakan baiknya
semasa di sekolah, Amy sentiasa berada di sisi Zurina
untuk memberi semangat kepadanya.
Zurina
merupakan cinta pertama Khairul sejak di sekolah menengah
lagi. Pertemuan pertama mereka di IPT menyebabkan
Khairul kembali meneruskan cita-cita dan cintanya
untuk memiliki Zurina. Bagaimana pun, kerana dendam
dan janjinya, Khairul telah dikecewakan. Di saat Khairul
merancang perkahwinan mereka, Zurina tidak muncul
dan Khairul pula menyimpan dendam.
Selepas
diperdayakan oleh Haniff, Zurina menyepikan dirinya
dan kembali mencari sahabat karibnya Amy selepas tamat
pengajiannya. Amy memujuk Zurina agar kembali kepada
Khairul, dengan bantuan Amy dan Zahid, sahabat Khairul,
Zurina bertemu dengan Khairul dan Khairul telah mengenakan
syarat kepada Zurina. Apakah syarat tersebut? Sudikah
Khairul memaafkan Zurina dengan ikhlas? Mampukah Zurina
berhadapan dengan Khairul? Nantikan CINTA FOTOKOPI
yang pasti menghiburkan.