Untitled Document
         
     
 
 
home | about us | movies | news | events | gallery | contact us | mwig.com
   
 
 
 
 
 
 

PLOT DESCRIPTION

Pada tahun 2006, pembuat filem dokumentari dari Filipina, Gabriel tiba di Malaysia dalam usahanya mengumpul maklumat sambil melihat dan mengalami sendiri perkembangan serta kemajuan yang telah dibuat FELDA semenjak penubuhannya 50 tahun dahulu. Kisah kejayaan FELDA sebagai pemangkin ekonomi rakyat dan Negara Malaysia memberikan inspirasi kepada beliau untuk menerbitkan filem dokumentari mengenainya.


Di Kuala Lumpur, Gabriel bertemu Yusof yang juga rakannya semasa sama-sama belajar di universiti di Brussels pada tahun 1976. Yusof ialah anak peneroka yang sudah berjaya dan kini seorang eksekutif kanan FELDA. Bermulalah kisah peneroka pada tahun 1960 di mana salah seorang daripada mereka ialah bapa Yusof iaitu Yazid. Yazid, sebagai iktiar untuk memperbaiki kehidupannya serta isterinya, Aishah dan anak-anak mereka Yusof, Asmah dan Yamin diterima sebagai peneroka di tanah rancangan FELDA Bilut.


Yazid terpaksa bekerja di bawah pengurusan orang Inggeris dan maki hamun serta diskriminasi menjadi rencah kehidupannya. Tak hanya itu, dia juga terpaksa berdepan dengan segala macam cabaran lain. Sahabatnya, Rosli dihempap pokok. Rumah mereka dipukul rebut. Anaknya, Yamin mati dibaham harimau. Isterinya pula mati sewaktu melahirkan anak yang keempat ketika dia sibuk memunggah baja dalam banjir.


Semua ini menyebabkan Yazid memberontak. Dia terlibat dalam rancangan mogok menentang. Pada masa yang sama, Yazid mendapat tahu ada di antara peneroka yang berkomplot menjual semula baja-baja subsidi yang diberikan oleh kerajaan bagi mengaut keuntungan jangka pendek. Yazid juga cuba difitnah oleh sahabatnya sendiri, Hamzah yang mengatakan kononnya dia menjual baja subsidi secara haram. Tidak hanya itu, mereka juga menghadapi bahaya apabila masih ada saki baki pihak komunis di kawasan hutan itu


Namun segala cabaran dihadapi dengan cekal dan kejayaan awal apabila anaknya, Yusof menjadi satu-satunya anak FELDA yang melanjutkan pelajaran di Brussels dalam bidang pentadbiran. Di Brussels, Yusof menjalinkan hubungan cinta dengan Khaty, rakan sekuliahnya tetapi mendapat tentangan keluarga Khaty atas alas an keturunan berdarah raja tidak wajar menjalinkan hubungan dengan anak peneroka. Yusof akur dengan hakikat kehidupan dan kesedihannya itu menjadikan dia lebih rapat dengan Mazuin yang juga rakan sekuliahnya sehinggakan dia bercadang untuk mengambil Mazuin sebagai isteri.


Niat Yusof walau bagaimanapun tidak dipersetujui oleh bapanya, Yazid yang merasakan bahawa sukar untuk berkahwin dengan golongan lebih berada sebagaimana yang pernah dilalui olehnya dengan arwah ibu Yusof dulu. Sementara itu, adik Yusof, Asmah telah dinikahkan dengan Iskandar, kawan Yusof. Kebahagiaan Asmah tidak kekal apabila Iskandar hilang di dalam hutan tanpa ditemui lagi. Sejak itu, Asmah menjadi tidak keruan dan bagaikan kurang waras.


Yusof pula berkahwin dengan Saleha iaitu rakan sekampungnya. Kesan perkahwinannya daripada cinta pandang pertama memberikan Yusof dua orang anak perempuan kembar, Maimunah dan Maimun.


Gabriel melihat Yazid dan Yusof sebagai simbol dua era - permulaan dan perkembangan, keringat dan hasil, ideologi dan keberkesanan - dan merumuskan bahawa FELDA adalah perintis segala-galanya, yang lahir daripada perancangan dan wawasan, yang wajar dijadikan teladan. Setelah mendengar, melihat dan mengalami sendiri kehidupan di tanah FELDA, Gabriel pulang ke negaranya dan kembali semula ke Malaysia bersama-sama krew penggambaran untuk upacara pelancaran filemnya itu

 

 

         
   
 
     
Type: Suspense Thriller 
Distributor : Metrowealth Movies Production
 .......................................................................

Rating: U
Running Time:  113 min
.......................................................................

Cast: Rosyam Nor, Sharifah Eja, Que 
          Haidar, Rusdi Ramli, Ezlynn,
          Adlin Aman Ramli
Director: Bade Hj. Azmi
......................................................................

Photo Gallery
.......................................................................
List Of Films
[Jangan Pandang Belakang] [Tentang Bulan]
[Diva Popular][Bilut] [Remp-It] [Pesona Non Grata] 
[Tipah Tertipu][Anak Mami Kembali]
[Kiamat Sudah Dekat][Lady Boss] [Cinta Fotokopi]
[Potret Mistik][Tangkai Jering] [IKWUDLR] 
[Cholesterol Teerak][7 Perhentian] 
[Hingga Hujung Nyawa][Cinta Kolesterol][Kuliah Cinta] 
[Mami Jarum Junior] [Mistik] [Jutawan Fakir]
[Mami Jarum] [No Problem] [Syukur 21]
 
           
Untitled Document
   
   
Best View Resolution 1024x768 pixel
All Rights Reserved @ Metrowealth International Group,1995-2005, Powered by MWTech