Untitled Document
         
     
 
 
home | about us | movies | news | events | gallery | contact us | mwig.com
   
 
 
 
 
 
 

PLOT DESCRIPTION

Filem ini mengisahkan keluarga Piee (Piee) yang terdiri daripada anak perempuannya iaitu Mak Bee (Azean Irdawaty), dan dua orang cucunya iaitu Saiful (Saiful Apek) dan Ida (Waheeda). Mak Bee merupakan seorang ibu tunggal yang amat tegas dalam soal mendidik anak-anak dan selalu ingin menentukan cara hidup mereka. Mak Bee juga seorang yang konservatif dan sangat menitikberatkan soal adat dan keturunan.


Saiful, anak sulung Mak Bee berkelulusan luar negara. Seorang yang rugged dan agak loyar buruk. Dia sering kali menjadi mangsa leteran ibunya yang tidak sukakan penampilan dan perangainya. Saiful bercinta dengan seorang gadis bernama Fasha (Fasha Sandha) anak perempuan kepada pasangan Ismail (Ismail Din) dan Saleha (Shiela Mambo). Saiful tidak berani mencerikan kisah percintaannya dengan Fasha kepada keluarganya sehingga Mak Bee sendiri menetapkan jodoh Saiful.


Ida, adik kepada Saiful juga menghadapi masalah. Dia bercinta dengan Farid (Farid Kamil) iaitu anak lelaki tunggal pasangan Zulkifli (Zulkifli Zain) dan Normala (Normala Omar). Sekali lagi Mak Bee yang mengetahui Ida mempunyai hubungan dengan seorang pemuda telah bertindak menghalang Ida daripada menjalinkan hubungan mereka. Mak Bee juga telah mengaturkan jodoh Ida dengan pemuda pilihannya.


Piee yang sentiasa beralah dengan Mak Bee tetapi bertindak membantu cucu-cucunya kerana terlalu sayangkan mereka. Bermacam-macam cara yang dilakukannya demi melihat hidup cucunya bahagia. Berbagai-bagai kisah sedih dan lucu berlaku di dalam usaha mereka itu.
Adakah usaha mereka akan berjaya? Berjayakah cinta Saiful dan Fasha? Dan adakah Farid dan Ida dapat disatukan? Yang pastinya, adakah pendirian Mak Bee akan berubah? Nantikan kemunculan Anak Mami Kembali…

 

 

           
   
 
   
     
Type: Love Story 
Distributor : Metrowealth Movies Production
 .......................................................................

Rating: U
Running Time:  min
.......................................................................

Starring: Saiful  Apek, Azean Irdawati,
                Farid Kamil, Waheeda, Irma Hasmie,
Fasha Sandha, Piee, Ismail Din, Sheila Mambo, Nasir Ali, Zulkifli Zain, Normala Omar
Director: Prof. Madya A. Razak Mohaideen ...................................................................... Photo Gallery The making .......................................................................
List Of Films
[Jangan Pandang Belakang] [Tentang Bulan]
[Diva Popular][Bilut] [Remp-It] [Pesona Non Grata]
[Tipah Tertipu][Anak Mami Kembali]
[Kiamat Sudah Dekat][Lady Boss] [Cinta Fotokopi]
[Potret Mistik][Tangkai Jering] [IKWUDLR] 
[Cholesterol Teerak][7 Perhentian] 
[Hingga Hujung Nyawa][Cinta Kolesterol][Kuliah Cinta] 
[Mami Jarum Junior] [Mistik] [Jutawan Fakir]
[Mami Jarum] [No Problem] [Syukur 21]
 
             
Untitled Document
   
   
Best View Resolution 1024x768 pixel
All Rights Reserved @ Metrowealth International Group,1995-2005, Powered by MWTech