9
September sebuah
filem romantik komedi mengisahkan bagaimana
Nia (Fasha Sandha) perempuan yang berperwatakan
kasar dan ganas tetapi menpunyai wajah yang
sangat comel ditinggalkan oleh kekasihnya. Sejak
dari itu dia menyimpan dendam terhadap lelaki.
Mangsanya adalah seorang lelaki bernama Kogi
(Pierre Andre). Kogi seorang lelaki yang baik
dan jujur. Dia dilihat sebagai seorang yang
sangat senang dibuli oleh Nia.
Kali pertama mereka bertemu apabila Nia tersalah masuk ke rumah Kogi. Selepas itu banyak kebetulan mereka bertemu, walaupun Kogi selalu dibuli namun dia sentiasa menunjukkan sikap seorang lelaki sejati. Dia dilihat seperti ‘malaikat’ yang menjaga Nia dalam keadaan apa jua sekalipun. Lama kelamaan mereka seperti hampir jatuh cinta sesama sendiri sehinggalah satu hari Andrian, kekasih Nia kembali ke pangkuannya.
Tidak
dapat dinafikan sebenarnya masih mencintai kekasih
lamanya. Namun kasih sayangnya kali ini tidak
setebal dulu. Nia kadang kala memikirkan Kogi.
Begitu juga Kogi yang sentiasa mengalah kepada
Nia. Sehinggalah pada satu hari, Nia terbang ke
Tokyo mengikut kekasihnya ke sana selama setahun.
Setelah pulang ke Malaysia, Nia terus mencari
Kogi, namun gagal. Apabila Nia menemui Kogi, seseatu
yang sangat mengejutkan telah berlaku dan sangat
sukar diterima Nia.