Kisah
misteri yang cukup menyeramkan ini mengisahkan seorang pemuda
bernama Darma (Pierre Andre) yang cuba mencari kepastian tentang
sebab kematian tunangnya, Rose (Intan Ladyana). Rose telah didapati
mati tanpa diketahui punca sebenar. Darma bersama adik kembar
Rose bernama Seri (juga lakonan Intan Ladyana) yang cukup mengenali
keperibadian Rose cuba mencari jawapannya. Rose yang mereka kenali
adalah seorang periang dan ceria.
Mereka telah pergi ke rumah Rose untuk memulakan siasatan dan
di sana Darma telah menemui sebiji botol. Darma mengambilnya dan
dibawa pulang. Darma dan Seri mengesyaki sesuatu perkara yang
pelik dan aneh berlaku di sebalik kematian Rose. Ramalan mereka
dikukuhkan dengan beberapa perkara yang berlaku dan ditemui termasuk
pada kamera digital Rose yang mereka temui.
Selepas itu, hidup Darma tidak lagi tenteram. Setiap hari dia
diganggu oleh ‘sesuatu’ dengan gangguan yang amat
dahsyat. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku ke atas
Darma. Hidup Darma berubah kepada seorang yang tidak terurus dan
menjejaskan prestasi kerjanya.
Mendengar nasihat Da'im (Jalaluddin Hassan) iaitu bos di tempat kerjanya, Darma
mengambil cuti selama seminggu untuk menenangkan jiwanya. Peluang itu digunakan
oleh Darma untuk berubat di kampong. Di sana, Darma meminta pertolongan ibu saudaranya
iaitu Mak Lang (Khatijah Tan). Mak Lang tinggal di kampong bersama anaknya,
Lin (Rio Elani) dan ibunya yang juga Opah kepada Darma (Rusminah Sidek) yang sudah nyanyok.
Di kampong, Darma semakin hampir menemui punca kematian Rose tetapi
dia dikejutkan dengan satu perkara yang susah untuk diterima oleh
akalnya mahu pun Seri. Apakah perkara tersebut dan mampukah Darma
keluar dari belenggu yang mengganggu hidupnya setiap hari? Segalanya
akan terjawab dalam file mini. Kepada anda semua, walau apa pin
yang terjadi, sesekali pun JANGAN PANDANG BELAKANG kerana apabila
yang mati bertemu yang hidup, segala kemungkinan pasti akan berlaku!